
Angin kencang di utara Semenanjung: Met Malaysia keluarkan amaran
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memaklumkan angin barat laut dijangka bertiup kencang dan menumpu di kawasan utara Semenanjung bermula 10 hingga 13 April 2025.
Ketua Pengarah Met Malaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, menurut analisis model-model ramalan cuaca terkini, fenomena itu berpotensi mencetuskan ribut petir disertai hujan lebat yang berpanjangan di kawasan terlibat.
“Sehubungan itu, Met Malaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora yang melibatkan perairan Phuket dan Selat Melaka Utara, berkuat kuasa dari 11 hingga 12 April 2025.
“Orang awam dinasihatkan agar sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan merujuk maklumat terkini melalui laman web rasmi Met Malaysia di www.met.gov.my, saluran media sosial rasmi, serta aplikasi mudah alih MyCuaca,” kata beliau dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Melalui ramalan cuaca tersebut, orang ramai, khususnya komuniti nelayan, pengusaha pelancongan laut serta penduduk di kawasan utara Semenanjung dinasihatkan agar lebih berwaspada dan merancang sebarang aktiviti luar.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |