BERITA SEMASAPMX

Anggap masyarakat India, Cina tidak setia, PM tempelak Tun M

SERDANG – Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataan beliau yang mengatakan masyarakat India dan Cina masih tidak setia sepenuhnya kepada negara.

Perdana Menteri berkata, sebagai pemimpin yang paling lama mentadbir negara, kenyataan Dr Mahathir itu tidak relevan serta tidak bertanggungjawab.

“Saya tidak anggap kenyataan Tun itu relevan itu adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab sebagai mantan Perdana Menteri sekian lama, menghina mana-mana kaum sama ada minoriti atau majoriti dia memang terkenal.

“Melayu bagi dia malas, India dan Cina itu kurang setia melainkan beberapa kroni dia. Saya ingat kenyataan itu kita bantah keras kerana sangat tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program AI Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, pada Selasa.

Tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan, kenyataan Dr Mahathir itu hanya percubaan untuk mengalih fokus sebenar kerajaan pada ketika ini.

“Bagi saya semua rakyat yang setia kita harus hormati tidak kira mana-mana kaum dan kita harus mendakap keseluruhan kekuatan rakyat.

“Ini adalah percubaan untuk alih pandangan. Banteras rasuah, tatakelola, digital, peralihan tenaga ini fokusnya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Dr Mahathir dalam sebuah temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV, mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button