
Anak Tommy Thomas bertanding lawan Perdana Menteri Australia dalam pilihan raya Parlimen 3 Mei ini
KUALA LUMPUR – Hannah Thomas yang merupakan anak perempuan kepada bekas Peguam Negara, Tommy Thomas bakal bertanding dalam pilihan raya Parlimen bagi mencabar Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese di Grayndler.
Hannah yang berhijrah ke negara itu sejak 2019 akan mewakili parti Greens pada pilihan raya 3 Mei ini bagi menentang Albanese yang merupakan pemimpin Parti Buruh Australia.
Hannah yang berkarier sebagai peguam berkata, perjuangan politiknya didorong semangat untuk mencabar sikap dan pendirian Albanese yang tidak adil terhadap pendatang dan pelarian.
Katanya, pentadbiran Albanese juga dilihat gagal bertindak untuk memberi tekanan terhadap kerajaan Israel yang melakukan genosid di Palestin.
Keberanian Hannah dalam memperjuangkan isu Palestin dan penglibatannya dalam protes bantahan genosid mendapat pujian sebagai tindakan yang berani oleh masyarakat di negara itu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |