
Bekas anggota CISF maut ditembak anak sendiri di Delhi
NEW DELHI — Seorang lelaki berusia 26 tahun menembak mati bapanya kerana berebut tempat duduk dalam sebuah lori di Timarpur, utara Delhi, malam kelmarin.
Menurut pihak polis, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam berhampiran Blok MS, Timarpur, ketika mangsa, Surendra Singh, 60, yang juga bekas sub-inspektor Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat (CISF), dipercayai bertengkar dengan anaknya sebelum ditembak di bahagian pipi kiri.
“Pihak peronda yang berdekatan terdengar bunyi tembakan sebelum bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa terbaring berlumuran darah di tepi jalan.
“Suspek, dikenali sebagai Deepak, berjaya ditahan di lokasi bersama sepucuk pistol berlesen milik mangsa dan 11 butir peluru hidup yang turut dirampas pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, orang awam yang menyaksikan kejadian bertindak cuba merampas senjata daripada suspek sebelum polis tiba.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital HRH, namun disahkan sudah meninggal dunia sejurus tiba.
“Siasatan awal mendapati, keluarga itu sedang dalam proses berpindah pulang ke kampung asal di Uttarakhand berikutan persaraan Surendra enam bulan lalu.
“Keluarga menyewa lori untuk membawa barang-barang, namun berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek berhubung siapa yang patut duduk di tempat duduk hadapan.
“Suspek secara tiba-tiba bertindak agresif lalu mengambil pistol milik bapanya sebelum melepaskan tembakan dari jarak dekat,” ujarnya.
Polis kini menjalankan siasatan lanjut mengikut kesalahan membunuh dan meneliti motif serta latar belakang hubungan antara antara suspek dengan mangsa.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |