BERITA SEMASA

Anak ‘peguam kotak pencil’ mohon doa kesihatan ayah

KUALA LUMPUR – Anak kepada peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), memohon orang ramai mendoakan bapanya segera pulih.

Melalui satu hantaran di TikTok, Eva Zarina turut berkongsi perkembangan terkini bapanya sambil meminta ruang agar beliau dapat memberi tumpuan kepada rawatan.

“Saya ingin memohon kebaikan semua untuk mendoakan kesihatan Tokmat @Saya Zaharil dan memberikan ruang kepada daddy saya agar dapat fokus sepenuhnya pada rawatan beliau.

“Kepada para klien yang dihormati, kami akan menghubungi anda semula sebaik sahaja keadaan kembali stabil. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua,” katanya lagi.

Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar

Ahmad Zaharil yang digelar ‘peguam rakyat’, dikenali kerana keprihatinannya membantu golongan kurang berkemampauan mendapatkan khidmat guaman.

Kisah beliau pernah tular apabila membantu seorang wanita yang dituduh mencuri sekotak pensil demi untuk kegunaan anaknya kerana tidak mampu membelinya.

Beliau juga aktif di media sosial, berkongsi nasihat berkaitan undang-undang dengan cara mudah difahami, menjadikannya figura dihormati dalam kalangan masyarakat.

 

Ruangan komen hantaran Eva turut dipenuhi doa dan sokongan warganet yang menghargai sumbangan Ahmad Zaharil kepada masyarakat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button