
Anak jantan hadir bersama rakyat, bukan duduk dalam hotel – Dr Akmal
PUTRAJAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Akmal Salleh tiba di Istana Kehakiman di sini bagi memberikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini berhubung prosiding Mahkamah Rayuan bagi menentukan ada atau tiada Titah Adendum.
Beliau yang tiba kira-kira pukul 8 pagi dengan berbaju berwarna merah bersama penyokongnya kemudiannya terus memasuki dalam bangunan mahkamah.
Dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya, Dr Akmal turut memuat naik beberapa keping gambar di Istana Kehakiman bersama satu hantaran ringkas.
“”Anak jantan hadir sendiri bersama rakyat. Bukan duduk dalam hotel dan pergunakan rakyat, ” katanya.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan hantaran tersebut ditujukan kepada siapa.
Sementara itu Najib dilihat tiba memasuki bangunan Istana Kehakiman pada jam 8.30 pagi diiringi kenderaan anggota penjara.
Penyokong yang berada di luar Istana Kehakiman turut melaungkan’Hidup Bosku’ sebagai menyambut kehadiran Najib.
Setakat jam 8.50 pagi tadi, bilangan yang hadir untuk mengikuti prosiding dan menyertai himpunan tanda solidariti kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu semakin bertambah.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |