
Berita Semasa
Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
CYBERJAYA – Anak bongsu kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan pelakon Ayu Raudhah, yang berusia enam bulan dilaporkan meninggal dunia, petang tadi
Berita pemergian Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees Mohamad Zaquan Adha dikongsikan sendiri oleh Zaquan menerusi hantaran di Instagram Story.
“Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees bin Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada penciptanya sebentar tadi.
“Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” kongsi Zaquan dalam hantaran itu, petang tadi.
Punca pemergian bayi lelaki itu bagaimanapun tidak dikongsikan
Sebelum ini, Ayu Raudhah selamat melahirkan bayi tersebut pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |