BERITA SEMASALUAR NEGARA

Amerika hentikan bantuan luar negara kecuali Israel, Mesir

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengarahkan pemberhentian serta-merta program bantuan luar negara, kecuali bantuan ketenteraan kepada Israel dan Mesir serta bantuan makanan kecemasan.

Langkah itu diambil susulan arahan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk menghentikan bantuan pembangunan asing selama 90 hari bagi tujuan semakan semula.

Menurut memorandum Jabatan Negara yang dirujuk Rueters, arahan itu melibatkan pembekuan dana baharu untuk program bantuan di seluruh dunia, termasuk dalam sektor kesihatan, pendidikan dan pembangunan.

Bagaimanapun, bantuan makanan kecemasan serta pembiayaan ketenteraan kepada Israel dan Mesir dikecualikan daripada pembekuan ini.

Tindakan itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan organisasi kemanusiaan terutama untuk program kesihatan kritikal seperti PEPFAR yang memainkan peranan penting dalam memerangi HIV/AIDS.

Pentadbiran Trump menyatakan bahawa pembekuan itu bertujuan memastikan bantuan asing selaras dengan objektif dasar luar negara mereka.

Langkah itu juga mencerminkan komitmen parti Republikan untuk meneliti dan mengurangkan perbelanjaan bantuan asing.

Marco Rubio

Sementara itu, Setiausaha Negara, Marco Rubio dilaporkan akan menilai program-program tersebut dalam tempoh 85 hari akan datang dan memberikan cadangan lanjut.

Pengecualian turut diberikan kepada bantuan makanan kecemasan, memandangkan krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza dan kawasan lain.

Langkah ini sejajar dengan dasar “America First” yang dipegang oleh Presiden Trump, dengan tujuan memastikan bantuan asing benar-benar memberi manfaat kepada kepentingan strategik Amerika Syarikat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button