BERITA SEMASA

Amaran hujan lebat berterusan di Terengganu, Kelantan hingga esok

CYBERJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Terengganu dan sembilan lokaliti di Kelantan sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara kawasan terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Menurut kenyataan itu, amaran sama turut dikeluarkan di Kuantan, Pahang sehingga hari ini.

Selain itu, MetMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Gua Musang, Kelantan sehingga esok manakala di Jerantut dan Pekan, Pahang sehingga hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button