BERITA SEMASA
Amaran hujan berterusan tahap waspada hingga esok di Pahang, Johor dan Sarawak
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa lokasi di Pahang, Johor dan Sarawak hingga esok.
MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, lokasi terlibat adalah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang, manakala Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi Sarawak yang melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



