BERITA SEMASALUAR NEGARA

Houthi: Serangan AS isyarat permulaan perang besar

SANAA – Houthi memberi amaran serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga tapak nuklear di Iran merupakan isyarat awal kepada tercetusnya perang besar-besaran di Asia Barat.

Amaran itu hadir susulan pengeboman ke atas kemudahan nuklear Fordo, selain menyasarkan dua lagi lokasi di Natanz dan Esfahan.

Jurucakap politik Houthi, Mohammed al-Bukhaiti menyifatkan tindakan itu sebagai satu pengisytiharan perang terbuka terhadap penentang Barat di rantau berkenaan.

“Amerika Syarikat kini secara rasmi menjadi pihak dalam konflik ini.

“ Houthi dan sekutunya tidak akan berdiam diri terhadap sebarang ancaman yang melibatkan Iran, yang disifatkan sebagai sekutu utama dalam perjuangan menentang dominasi Zionis-Amerika.

“Tindak balas kami akan hadir sekiranya serangan diteruskan. Ia bukan lagi soal pilihan, tetapi tanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Al-Bukhaiti menggesa negara-negara Arab dan Islam mengambil pendirian tegas terhadap tindakan Amerika Syarikat yang dilihat mampu mencetuskan ketegangan serantau yang tidak terkawal.

Setakat ini, Iran belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tahap kerosakan yang berlaku.

Bagaimanapun, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan kebocoran radiologi kecil di salah satu lokasi yang diserang, namun tiada ancaman segera terhadap keselamatan awam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button