BERITA SEMASADALAM NEGERI

Akta Perhimpunan Aman 2012 dipinda tahun ini

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan sekali lagi menegaskan komitmennya untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 pada tahun ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil memberitahu, pindaan tersebut dijangka akan mengukuhkan hak untuk berhimpun namun tidak mengulas mengenai butiran perubahan yang dicadangkan.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) berharap untuk membentangkan pindaan ini pada sidang Parlimen terdekat atau selewat-lewatnya pada bulan Oktober,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau berkata, KDN memaklumkan sepanjang tahun 2022 hingga 2024, permohonan untuk mengadakan perhimpunan aman telah diluluskan pihak berkuasa pada kadar 99 peratus.

“Jadi hampir semua (permohonan) diluluskan. Ia angka yang memberangsangkan, namun kita percaya pindaan yang dibawa akan membolehkan hak rakyat berhimpun dengan aman diperkukuh,” katanya lagi.

Pada Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kerajaan akan meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 dalam sesi Parlimen yang akan datang.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan bercadang menghapuskan Seksyen 11, yang selama ini menjadi halangan kepada penganjur perhimpunan kerana mewajibkan kebenaran daripada pemilik atau penghuni premis tempat perhimpunan diadakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button