
Akta Keselamatan Digital dikuat kuasa dalam masa terdekat
PUTRAJAYA – Penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 akan dikuatkuasa dalam masa terdekat sebaik proses pewartaannya dimuktamadkan.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau sedang menunggu draf akhir akta berkenaan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum menandatangani pewartaan penguatkuasaan.
“Setelah saya menerima dan menandatangani perintah penguatkuasaan itu, akta berkenaan akan mula berkuat kuasa,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata, pelaksanaan akta itu akan diperkukuh menerusi penubuhan sebuah jawatankuasa kawal selia yang akan dikendalikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
“Jawatankuasa ini akan bertindak mengawal selia pelaksanaan akta termasuk menentukan takrif kemudaratan dalam talian yang sering menjadi persoalan,” katanya.
Terdahulu, Azalina memaklumkan Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 memberi kuasa kepada kerajaan untuk bertindak segera menurunkan kandungan digital yang menyalahi undang-undang, sejurus pewartaan dikuatkuasakan oleh Menteri Komunikasi.
Platform digital tertakluk kepada kewajipan tanggungjawab penjagaan yang ditetapkan di bawah akta tersebut, termasuk aspek pematuhan terhadap keselamatan pengguna dan kandungan dalam talian.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |