BERITA SEMASA

AKPS mula operasi cegah jenayah di Rantau Panjang mulai esok

PUTRAJAYA – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) bakal memulakan operasi rintis mereka di Rantau Panjang, Kelantan bermula Januari ini.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, AKPS akan melaksanakan pelbagai fungsi penting, termasuk pemeriksaan dan kawalan individu, barang, kenderaan, makanan, dan hidupan liar yang keluar masuk Malaysia.

Selain itu katanya, agensi itu juga akan bertindak untuk mencegah of jenayah sempadan dan pengumpulan risikan untuk kawalan lebih efektif serta menjaga pengurusan dan pentadbiran kompleks pintu masuk negara.

“Penubuhan AKPS mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam reformasi pengurusan sempadan melalui integriti, inovasi, dan kolaborasi.

“Insya-Allah AKPS akan terus melangkah ke hadapan demi rakyat yang lebih selamat dan negara yang berdaulat,” katanya dalam satu hantaran dalam laman media sosialnya hari ini.

Bermula Januari ini lima pintu masuk dipilih untuk fasa pertama operasi AKPS  dengan mempunyai ciri tersendiri membabitkan pintu masuk darat, udara dan laut.

Pintu masuk terbabit adalah Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang yang bermula 1 Januari.

Empat lagi ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA 2; Kompleks ICQS Bangunan Sultan Iskandar; Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor dan Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam di Kedah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button