BERITA SEMASA

Akaun TikTok media utama hilang dari radar

KUALA LUMPUR – Beberapa akaun TikTok rasmi media utama di Malaysia secara tiba-tiba hilang dari radar apabila telah dinyahaktifkan oleh platform media sosial itu tanpa sebarang notis awal.

Langkah tersebut telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengguna dan pihak media mengenai punca sebenar tindakan tersebut diambil.

Majoriti Official, Buletin TV3 dan Berita Alhijrah antara akaun TikTok media utama yang hilang dari radar platform media sosial tersebut.

Antara akaun media yang dikesan hilang setakat ini ialah Kosmo Online, Utusan Online, Majoriti Official, Berita AlHijrah, Buletin TV3, Sinar Harian Online dan Harian Metro.

Kesemua akaun media tersebut memiliki lebih jutaan pengikut di akaun TikTok masing-masing.

Walaupun punca sebenar masih belum dapat disahkan, terdapat spekulasi bahawa ia mungkin berkaitan dengan penyebaran video kejadian cabul seorang kanak-kanak perempuan yang tular beberapa hari lalu.

Setakat ini, TikTok masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Pihak media dan pengguna berharap agar pihak TikTok dapat mengembalikan semula akaun-akaun berkenaan, memandangkan ia mengambil masa yang lama untuk dibangunkan dan berjaya menarik jutaan pengikut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button