Akaun media sosial pelumba trek Perancis dibanjiri kecaman nitizen Malaysia
PARIS – Akaun media sosial pelumba trek Perancis, Rayan Helal dihujani kecaman nitizen selepas tindakannya menghimpit Datuk Azizulhasni Awang yang membawa kepada penyingkiran atlet negara dalam acara Keirin Olimpik Paris malam tadi.
Tindakan Helal yang menyebabkan Azizulhasni hampir terjatuh disifatkan tidak mempamerkan semangat kesukanan malah mencemar nama pasukan Perancis selaku tuan rumah temasya sukan terbesar itu.
Kecaman berterusan nitizen yang kebanyakannya dari Malaysia di akaun Instragamnya memaksa atlet berkenaan mematikan ruang komen.
Pengguna Instagram, @azdann12 berkata; Kamu tidak layak berada di dalam sukan Olimpik
@harith_arit8 : Kamu memalukan. Sukan Olimpik terburuk dalam sejarah
@ainaa.amintt : boooo, permainan dan perangai yang teruk.
@sitizarithsofea : Apa perasaan anda selepas bermain secara kotor??
@julianaaffens : Memalukan #justiceforazizulhasniawang
Dalam acara keirin malam tadi, cubaan Azizulhasni untuk mara ke posisi depan dihalang sebanyak dua kali oleh Helal, sekaligus menyebabkan pecutan beliau melepasi pergerakan ‘derny’ dan akhirnya tersingkir.
Sementara itu, sebahagian nitizen secara sinis turut mengucapkan ‘tahniah’ kepada Helal selepas tewas kepada seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Shahrom yang mengungguli pusingan ke suku akhir ‘repechages’ Keirin .
Dalam saingan itu, kemenangan Helal pada tempat kedua turut dibatalkan sekaligus memberi tempat kepada pelumba Kanada, Nick Wammes untuk mara ke suku akhir.
Shah Firdaus terpaksa beraksi di pusingan ‘repechages’ apabila menamatkan saringan kelima pada kedudukan ketiga di belakang pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul serta pelumba Poland, Mateusz Rudyk
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








