
Ajai mohon maaf kepada 4U2C, nafi berniat cemar reputasi
KUALA LUMPUR – Komposer terkenal, Ajai, tampil memohon maaf secara terbuka kepada kumpulan 4U2C susulan kenyataan beliau yang didakwa mencetuskan salah faham berhubung penganjuran konsert kumpulan tersebut baru-baru ini.
Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, dalam kenyataan di Instagram miliknya berkata, beliau tidak pernah berniat untuk mencemarkan imej atau menjejaskan kredibiliti mana-mana pihak, khususnya kumpulan 4U2C.
“Saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan sebelum ini mungkin disalah tafsir.
“Jika terdapat pihak yang tersinggung atau terkesan, saya mohon maaf dengan setulus hati.
“Saya menyokong mana-mana artis untuk terus berkarya secara berhemah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial semalam.
Sebelum ini, kumpulan 4U2C melalui peguam mereka, Tan Kong Hai, mengemukakan tuntutan agar beberapa individu membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kenyataan yang didakwa menjejaskan konsert WE 4U2C Live In Concert, termasuk isu berkaitan hak cipta dan lesen konsert.
Antara yang disebut dalam tuntutan itu termasuk Ajai dan dua individu lain yang didakwa membuat kenyataan tidak tepat di media sosial, sehingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan peminat.
Salah seorang anggota 4U2C, Datuk AC Mizal, turut menyuarakan kekecewaan atas kenyataan berkenaan yang didakwa mencemarkan reputasi mereka sebagai penggiat seni.
Ajai turut berkata, beliau menyokong penuh usaha artis tempatan untuk terus berkarya dan berharap isu itu dapat diselesaikan secara profesional.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |