Aisyah Hijanah failkan tuntutan cerai
CYBERJAYA – Pempengaruh, Aisyah Hijanah dilaporkan sudah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Alif Teega sejak bulan lepas.
Laporan portal mStar bagaimanapun menyebut, Aisyah,26, enggan berkongsi lebih lanjut kerana isu ini terlalu peribadi dan melibatkan banyak pihak.
“Dari bulan lepas sebenarnya (Ogos), doakan saya sebab ujian saya sangat berat,” kata Aisyah.
Aisyah turut berkata, dia sendiri yang memilih jalan untuk berpisah dan memohon orang ramai mendoakan supaya urusan rumah tangganya dipermudahkan.
Menurut laporan tersebut lagi, Aisyah memfailkan tuntutan cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di Ampang, Kuala Lumpur.
Aisyah dan Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani,30, mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017, dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Bada Julai lalu, kedua-dua pasangan ini pernah ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan mengenai penyalahgunaan dana derma orang ramai.
Turut ditahan, dua pegawai tertinggi syarikat yang mengendalikan sebuah platform derma.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






