
Aisar Khaled optimis Elrah Exclusive dapat tembusi pasaran Indonesia promosikan baju Melayu
KUALA LUMPUR – Pempengaruh terkenal, Aisar Khaled optimis jenama Elrah Exclusive mampu berkembang di pasaran Indonesia memandangkan populartitinya semakin meningkat di negara republik itu.
Aisar yang kini memiliki lebih 17 juta pengikut di TikTok, menyifatkan kerjasamanya dengan Elrah itu akan memberi impak positif dalam memperkenalkan dan mengembangkan budaya Malaysia.
“Budaya itu semestinya melalui penjualan baju Melayu yang biasanya dipakai oleh rakyat Malaysia setiap kali meraikan Aidilfitri,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Aisar berkata, proses untuk memperkenalkan diri dan jenama ke pasaran baharu bukanlah sesuatu yang mudah, namun dengan pengalaman yang dimiliki, dia bersedia menghadapi cabaran tersebut dengan positif.
“Bagi saya, cabaran sebenar adalah tidak mudah untuk seseorang membawa nama mereka dari negara asal ke negara lain dan dikenali di tempat yang baharu.
“Ia bukanlah satu perkara yang mudah, namun Alhamdulillah, saya sudah terbiasa merantau dan saya memang suka untuk menghadapi cabaran baru,” katanya selepas ditanya cabaran menjual baju Melayu di Indonesia.
Menjelaskan mengenai keistimewaan Elrah, Aisar berkata, nilai-nilai elegan yang seiring dengan misi untuk membantu orang lain melalui peluang perniagaan membuatkan dia tertarik untuk bekerjasama dengan jenama itu.
@malaysiatribune Pempengaruh terkenal, Aisar Khaled menyatakan keterujaannya menjadi duta jenama baju Melayu, Elrah Exclusive dan akan mengembangkan pasaran jenama itu ke Indonesia. #malaysiatribune #aisarkhaledd #elrahexclusive #elrah #bajumelayu
“Kenapa Elrah? Sebabnya, jenama ini sangat eksklusif, mempunyai elemen elegan yang tersendiri, dan mampu menyerlahkan imej seorang lelaki yang ‘gentlemen’.
“Selain itu, kandungan saya sebelum ini yang banyak yang berkonsepkan kebajikan, saya nampak bahawa Elrah bukan sahaja berniaga untuk keuntungan, tetapi mereka juga membuka peluang rezeki kepada orang di luar sana, seperti agen dan stokis,” katanya.

Selain daripada berkerjasama dengan Elrah dalam mempromosikan pakaian, Aisar juga mahu menggunakan platformnya untuk memberi impak yang lebih besar.
Aisar berkata, pihaknya mahu meningkatkan keterlibatan dalam aktiviti sosial yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya dalam membantu mereka yang memerlukan.
“Setiap tanggungjawab yang saya buat mesti ada tekanan dengan apa yang saya ada sekarang saya perlu jaga karakter kerana kita bukan sahaja bawa jenama tapi juga nama negara,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |