BERITA SEMASA

AirAsia X umum laluan baharu ke Tashkent, tambang promosi bermula daripada RM99

SEPANG – Syarikat penerbangan AirAsia X (AAX) hari ini mengumuman laluan baharu ke Tashkent, Uzbekistan bermula pada 15 Oktober ini dengan kekerapan tiga kali seminggu.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, laluan ke Tashkent itu bertujuan untuk terus memudahkan perjalanan udara antara Asia Tenggara dan Asia Tengah, sekali gus memperkukuh hubungan perdagangan, pelancongan dan perniagaan.

Katanya, laluan baharu itu juga membolehkan lebih ramai pelancong dari ASEAN dan Australia meneroka Uzbekistan dengan tambang mampu milik melalui perkhidmatan Fly-Thru yang lancar merangkumi lebih 130 destinasi di seluruh dunia.

“Pelancaran laluan Kuala Lumpur- Tashkent merupakan satu pencapaian strategik dalam usaha berterusan AAX untuk berkembang di seluruh Asia dan seterusnya.

“Asia Tengah mempunyai potensi besar dengan ekonomi Uzbekistan yang terus berkembang pesat serta golongan pertengahan semakin meningkat dan berminat untuk meneroka destinasi baharu.

“Kami telah menyaksikan peningkatan ketara dalam permintaan pelancongan ke Asia Tengah susulan pencapaian menakjubkan terhadap laluan ke Almaty,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia, Karomidin Gadoev berkata, permulaan penerbangan terus oleh AAX antara dua bandar utama itu merupakan satu perkembangan penting dalam hubungan Uzbekistan-Malaysia.

Airasia X umum laluan baharu ke Tashkent, Uzbekistan bermula pada 15 Oktober ini.

“Dengan sektor pelancongan Uzbekistan yang berkembang pesat dan kedudukan kukuh Malaysia sebagai hab pelancongan dan perniagaan di Asia Tenggara, laluan ini akan meningkatkan lagi kesalinghungan, merancakkan pertukaran pelancongan serta menawarkan peluang baharu untuk pelaburan.

“Kami amat berbesar hati menyambut kehadiran AAX ke pasaran yang berpotensi ini dan berharap kerjasama ini akan memberikan hasil positif,” katanya.

Para pelancong kini dapat menikmati keindahan Tashkent dengan tambang promosi bermula daripada RM99 termasuk semua sehala untuk tempat duduk ekonomi, bermula dari 23 Jun 2025 hingga ini bagi tempoh perjalanan antara 15 Oktober 2025 hingga 14 September 2026.

Tambang istimewa itu tertakluk kepada ketersediaan, manakala tambang seterusnya bermula daripada RM899 termasuk semua sehala.

Terletak di tengah-tengah Uzbekistan, ibu kota Tashkent merupakan sebuah bandar pesat membangun dan terkenal dengan seni bina Islam yang memukau, bazar yang meriah serta taman-taman hijau yang indah.

Tashkent menawarkan pelbagai peluang menarik buat para pengembara merentasi keindahan jalur sutera bersejarah dan mengagumi keindahan monumen-monumen tersegam indah.

Sebagai bandar terbesar dan pusat ekonomi negara, Tashkent menampilkan sektor pelancongan yang semakin berkembang serta peluang perniagaan meluas, menjadikannya destinasi pilihan popular untuk tujuan percutian dan juga urusan perniagaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button