BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

AirAsia perkenal polisi baharu benarkan kru kabin wanita pakai tudung

KUALA LUMPUR – AirAsia melaksanakan perubahan signifikan dalam polisi pemakaian syarikat itu dengan membenarkan kru kabin wanita memakai tudung ketika bertugas sekali gus menandakan langkah penting ke arah kesaksamaan serta keterangkuman dalam industri penerbangan.

Langkah itu selaras dengan budaya organisasi AirAsia yang sentiasa berevolusi berdasarkan maklum balas kakitangan dan keperluan semasa, kata syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, pembaharuan tersebut mencerminkan identiti AirAsia sebagai syarikat penerbangan global yang meraikan kepelbagaian dalam tenaga kerjanya.

“Kami bangga kerana pembaharuan ini memacu pertumbuhan AirAsia sebagai syarikat penerbangan yang lebih inklusif. Seragam kami sentiasa mencerminkan profesionalisme, keselamatan dan keselesaan.

“Evolusi ini membina asas tersebut dengan memberikan keyakinan kepada kakitangan kami selaras dengan kepercayaan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa polisi baharu itu bukan sekadar perubahan kepada pakaian seragam tetapi satu penghormatan terhadap kepelbagaian latar belakang dan kepercayaan kru kabin AirAsia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button