
Aidiladha: PKR Taiping anjur program korban, libatkan komuniti setempat
KAMUNTING – Semangat perpaduan dan kebersamaan jelas terpancar dalam Program Ibadah Korban anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Taiping yang berlangsung di Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Madrasah Hijratul Islamiah, Kampung Sungai Relong, di sini hari ini.
Program yang bermula selepas solat zohor itu menyaksikan sebanyak enam ekor haiwan korban terdiri daripada lembu dan kerbau disembelih dengan penyertaan ahli-ahli PKR serta sukarelawan tempatan yang berganding bahu dalam aktiviti melapah, membungkus dan mengagihkan daging kepada penduduk setempat.
Ahli Jawatankuasa Pengelola program tersebut, Raja Afendi berkata, program tersebut bukan sahaja melaksanakan tuntutan ibadah korban, malah memperkukuh hubungan sesama ahli dan masyarakat.
“Program ini dianjurkan sepenuhnya oleh PKR Cabang Taiping dan alhamdulillah, mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
“Kehadiran peserta korban sendiri turut membantu dalam menjayakan urusan penyembelihan dan agihan,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.
Antara peserta korban yang terlibat ialah Ahmad Zahid Khalid, Sharimah Abd Samad, Muzamir Ismail, Zainal Abidin Ismail, Abrar, Abdul Aziz dan Izmer.
Turut hadir memberikan sokongan dan turut serta dalam kerja gotong-royong ialah Sharimah yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Taiping serta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Taiping, Ahmad Izaz.
Raja Afendi turut merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli Parti Amanah Negara Bahagian Taiping yang turut membantu secara sukarela dalam menjayakan kelancaran program.
Menurut Sharimah, penganjuran ibadah korban ini memperkukuh lagi semangat kerjasama dalam kalangan ahli parti dan rakyat.
“Program ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu platform untuk menyemai nilai kebersamaan dan penghayatan terhadap semangat Malaysia MADANI,” ujarnya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |