BERITA SEMASA

Aidiladha: MALBATT 850-12 korban 48 ekor kambing

LUBNAN – Pasukan MALBATT 850-12 telah melaksanakan program ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bertempat di Kem Marakah, Selatan Lubnan di sini hari ini.

Menurutnya dalam satu kenyataan, program itu sebagai satu usaha menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam serta menghayati semangat pengorbanan yang menjadi teras perayaan Aidiladha.

“Keunikan program ini apabila anggota berpeluang melibatkan diri secara langsung dalam proses penyembelihan haiwan korban masing-masing.

“Pengalaman ini memberikan penghayatan yang lebih mendalam terhadap erti pengorbanan serta nilai keikhlasan dalam beribadah,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 48 ekor kambing telah dikorbankan dalam program tersebut.

Pasukan MALBATT 850-12 melaksanakan ibadah korban di selatan Lubnan hari ini sempena Hari Raya Aidiladha.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 26 ekor telah disumbangkan kepada pihak Takaful Marakah (NGO) dan wakil penduduk Kafr Shuba untuk diagihkan kepada komuniti setempat yang memerlukan.

“Inisiatif ini mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara MALBATT dan masyarakat tempatan, selaras dengan semangat CivilMilitary Cooperation (CIMIC).

“Majlis turut dimeriahkan dengan aktiviti memasak secara bergotong-royong oleh warga pasukan dan daging korban dinikmati bersama dalam jamuan Aidiladha yang berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran dan keharmonian.

“Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah sesama anggota, malah mencerminkan semangat perpaduan dan kerjasama berpasukan anggota MALBATT 850-12,” katanya.

Sementara itu katanya, program ibadah korban yang dilaksanakan itu bukan sekadar usaha menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam dalam menyambut Hari Raya Aidiladha, tetapi turut mencerminkan komitmen berterusan MALBATT dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat tempatan selaras dengan semangat misi pengaman UNIFIL.

“Ia menjadi simbol ketaatan, keikhlasan dan semangat berkorban demi ummah serta menzahirkan nilai kasih sayang dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button