BERITA SEMASADALAM NEGERI

Aidiladha lambang ketaatan dan pengorbanan – Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan Hari Raya Aidiladha dengan mengajak seluruh umat Islam untuk meneladani nilai ketaatan dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan puteranya, Nabi Ismail AS.

Datuk Fahmi Fadzil

Dalam satu hantaran di laman Facebook, Fahmi memanjatkan puji dan syukur ke hadrat Allah SWT serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan para sahabat.

“Aidiladha adalah lambang ketaatan dan pengorbanan yang mengingatkan kita akan kisah agung Nabi Ibrahim AS dan puteranya Nabi Ismail AS yang menjunjung tinggi perintah Allah dengan penuh keikhlasan dan tawakal,” katanya.

Beliau turut menyeru agar Aidiladha dijadikan medan muhasabah diri untuk menzahirkan ketaatan tulus kepada Allah SWT, memperkukuhkan ukhuwah Islamiyyah dan memperbanyakkan amal soleh.

Menutup ucapannya, beliau mendoakan agar segala amalan umat Islam diterima oleh Allah SWT.

“Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita. Amin,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button