BERITA SEMASA

Ahli Parlimen Pulai stabil selepas jalani pembedahan buang hempedu

KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi AMANAH, Suhaizan Kaiat selamat menjalani pembedahan membuang hempedu hari ini.

Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, Ahli Parlimen Pulai itu kini berada dalam keadaan stabil serta sedar.

“AMANAH Johor juga berterima kasih terhadap semua pihak yang memainkan peranan yang baik serta semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan beliau semasa dalam rawatan.

“Kami juga turut berterima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus seperti para pasukan perubatan Colombia Hospital, pengawai-pegawai Parlimen Pulai, pasukan AMANAH Johor, ketua masyarakat, unit ARIF dan individu perseorangan yang membantu menjaga serta menguruskan keselamatan dan kesihatan beliau sepanjang dalam rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Amanah Johor turut menghargai keprihatinan rakan-rakan Suhaizan termasuk Konsul Jeneral Singapura, Ng Kuan Khai; Ahli Parlimen Skudai, Liew Chin Tong serta beberapa pemimpin setempat lain.

Sebelum ini media melaporkan Suhaizan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) malam Isnin lalu selepas paras oksigennya menurun akibat jangkitan kuman.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih memerlukan pemantauan berterusan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button