BERITA SEMASA

Ahli Majlis Zon 21 agih 1,300 pek bubur lambuk

KUALA LANGAT – Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) terus memperkukuhkan inisiatif kemasyarakatan di Zon 21 menerusi program gotong-royong dan agihan bubur lambuk selama dua hari yang berlangsung di beberapa kawasan terpilih, di sini.

Program yang dianjurkan oleh Ahli Majlis Zon 21, Nur Zairina Muzaini itu mendapat kerjasama daripada Amanah Sepang, persatuan penduduk, NGO Basikal Antik, serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon A,B,C,D.

Agihan bubur lambuk di Taman Bandar Seri Ehsan.

Sebanyak 1,300 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk di sekitar Taman Bandar Seri Ehsan, Taman Seri Dagang 2 & 3, Perkampungan Orang Asli Bukit Tadom, serta Kampung Labohan Dagang.

Bubur lambuk diagihkan di Taman Seri Dagang 2 & 3, Perkampungan Orang Asli Bukit Tadom, serta Kampung Labohan Dagang.

Selain itu, aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk juga dibuat oleh penduduk kawasan setempat bersama-sama bagi mengeratkan lagi hubungan.

Menurut Nur Zairina, program itu bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli majlis dan penduduk, tetapi juga sebagai tanda penghargaan atas kerjasama komuniti dalam menjaga keharmonian kawasan mereka.

“Kita mahu memastikan nilai kebersamaan terus dipupuk dalam kalangan penduduk.

“Selain berbakti kepada masyarakat, program ini juga selari dengan semangat bulan Ramadan yang menggalakkan kita untuk bersedekah dan membantu sesama insan,” katanya.

Tambahnya, kejayaan program ini tidak akan tercapai tanpa sokongan padu daripada persatuan penduduk yang turun membantu dengan penuh semangat.

“Saya amat berterima kasih kepada persatuan penduduk yang ramai turun padang bagi menjayakan program ini.

“Kehadiran dan komitmen mereka dalam gotong-royong memasak serta agihan bubur lambuk benar-benar mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap komuniti setempat,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button