
Agong santap pagi ‘Nasi Lemak Burung Hantu’ bersama Anwar
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa santap pagi dengan menu nasi lemak bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi.
Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu berkenaan di Nasi Lemak Burung Hantu cawangan Semua House di Masjid India, Kuala Lumpur.
“Pagi tadi Tuanku Agong Sultan Ibrahim dan saya telah meluangkan masa bersarapan bersama di Restoran Nasi Lemak Burung Hantu pagi ini.
“Dalam suasana santai pagi Ahad yang dingin, kami menikmati hidangan tradisional negara yang telah sekian lama menjadi kebanggaan rakyat Malaysia,” kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook.
Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut berkongsi rakaman foto bersama Perdana Menteri dan pengunjung yang hadir ke restoran berkenaan di Facebook milik baginda.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |