BERITA SEMASA

Agong miliki kuasa prerogatif beri ampun, kurangkan hukuman – Istana Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak diingatkan untuk menghormati Perlembagaan dan undang- undang yang ditetapkan, termasuk kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum kepada banduan.

Menurut Istana Negara, kuasa itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan, khusus bagi kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Tambah Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan tersebut.

“Kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini dijalankan dengan nasihat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda.

“Oleh itu, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana- mana banduan untuk diberi keampunan atau pengurangan hukuman, permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang.

“Semua pihak diingatkan untuk menghormati Perlembagaan dan undang- undang yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button