
BERITA SEMASADALAM NEGERI
Agong luang masa ziarah Makam Diraja
JOHOR BAHRU – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini hari ini.
Melalui satu hantaran di Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim dilihat membaca surah Yassin di kawasan makam tersebut.

Kemudian, baginda menyiram air mawar dan menabur bunga di makam kedua ayahanda dan bondanya, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah.
Baginda turut menggunakan kesempatan itu untuk menziarahi makam anakandanya, Almarhum Tunku Abdul Jalil iaitu Tunku Laksamana Johor.
Almarhum mangkat pada 5 Disember 2015 ketika berusia 25 tahun akibat kanser hati di Hospital Sultanah Aminah.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |