
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
Perdana menteri dalam satu kenyataan berkata, dalam pertemuan itu, beliau telah menyembah maklum beberapa urusan negara kepada Sultan Ibrahim.
“Alhamdulillah saya juga berkesempatan bertanya khabar kesihatan Baginda Tuanku usai menjalani rawatan tempoh hari.
“Semoga Baginda Tuanku terus dikurniakan keafiatan yang baik untuk memayungi negara, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook milik beliau hari ini.
Terdahulu, Anwar tiba di Bahrain bagi lawatan rasmi di atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.
Media semalam melaporkan, Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan musculoskeletal (otot dan tulang) di luar negara dan dijangka berangkat pulang ke Malaysia 21 Februari ini.
Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan tersebut pada 7 Februari lalu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |