
Agong berkenan lakukan tinjauan mesra sekitar Bukit Bintang bersama PM
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melakukan tinjauan mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar Jalan Bukit Bintang di ibu negara hari ini.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi tinjauan mesra itu berlangsung selepas Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat mingguan.
“Dalam suasana penuh mesra, Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri berjalan kaki menyusuri Jalan Bukit Bintang,” menurut kenyataan itu.
Dalam perkembangan sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut berkongsi beberapa keping gambar beliau dan Sultan Ibrahim berjalan kaki menyusuri Bukit Bintang di sekitar laluan di hadapan Menara Genesis serta pusat beli belah Fahrenheit 88.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |