Agensi jaga kepentingan Bumiputera jangan khianati amanah
KUALA LUMPUR – Semua agensi yang menjaga kepentingan Bumiputera diminta memahami tujuan asal penubuhannya dan tidak mengkhianati amanah yang diberikan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tadbir urus yang baik dalam kalangan pihak pengurusan akan dapat “mengurangkan pengulangan tabiat yang merugikan”.
“Sebelum ini saya tekankan bahawa kerajaan tidak boleh mengizinkan pengulangan tabiat yang merugikan. Kita membentuk agensi atau syarikat bumiputera yang penting kadangkala ada berita baik, diurus dengan baik dan kalau lihat dalam kerangka dasar ekonomi baharu dari segi mobiliti sosial anak-anak yang tidak mempunyai peluang dapat meningkat menjadi golongan profesional yang membanggakan.
“Tetapi dari sudut pengurusan perniagaan haruslah ada anjakan, satu pihak kita berikan kesempatan hanya kepada beberapa orang terpilih memperkaya mereka tapi tidak ada agenda khas mereka mengagihkan kekayaan itu kepada syarikat bumiputera lain.
“Satu pihak lain pengurusan amat bobrok (korup) sehingga merosak dan merugikan. Pengalaman ini menyakitkan,” kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Unit Tambahan Skim Amanah Hartanah Bumiputera, di sini hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), Tan Sri Ahmad Nizam Salleh.
Tegas Anwar, perkara seumpama itu tidak boleh diizinkan berterusan malah pengurusannya harus bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dengan tindakan keras akan diambil terhadap mereka.
Sementara itu, pada majlis yang sama, Anwar turut melancarkan penambahan satu bilion unit Skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk ditawarkan bagi langganan umum.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






