AGC lancar Program Kampung Angkat MADANI 2025 di Kampung Padang Tembak, Kota Bharu
KOTA BHARU – Jabatan Peguam Negara (AGC) melancarkan Program Kampung Angkat MADANI AGC 2025 di Kampung Padang Tembak, disini hari ini.
Kampung tersebut merupakan kampung angkat kedua AGC, selepas kejayaan Kampung Angkat MADANI AGC di Kampung Jilid 8 dan Rangkaian Bujang di Sungai Petani, Kedah tahun lepas.
Majlis peluncuran program tersebut yang berlangsung di Padang Awam Taman Desa Kemumin dirasmikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Ab Pattah Hasbullah; Ketua Jajahan Kota Bharu, Rusydee Abdullah dan penduduk setempat.
Terdahulu, Mohd Dusuki melakukan tinjauan ke Pasar Warisan bagi melihat sendiri kejayaan projek menaik taraf struktur pasar dengan reka bentuk yang lebih kukuh dan mengekalkan ciri-ciri asal untuk memelihara warisan dan identiti tempatan.
Selain itu, projek tersebut turut menyediakan kemudahan bekalan elektrik dan air bersih untuk kegunaan para peniaga tempatan.
Projek yang merupakan inisiatif dan agenda nasional Kerajaan MADANI itu berpotensi menjadikan pasar tersebut sebagai pusat jualan hasil laut dan produk tempatan yang lebih sistematik, bersih, dan menarik untuk penduduk serta pelancong.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






