BERITA SEMASA

Aerotrain baharu KLIA perkukuh imej lapangan terbang bertaraf dunia – PM

SEPANG – Perkhidmatan Aerotrain baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 kembali beroperasi sepenuhnya hari ini dengan jaminan perkhidmatan yang lebih pantas, cekap dan mesra pengguna.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemudahan itu merupakan satu langkah penting dalam usaha memperkukuh imej KLIA sebagai lapangan terbang bertaraf dunia yang sentiasa mengutamakan keselesaan dan keperluan pengguna.

“Syabas dan tahniah kepada pihak Malaysia Airports dan semua pihak yang terlibat atas komitmen berterusan dalam menambah baik mutu perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat serta pelawat antarabangsa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau turut meninjau sendiri perkhidmatan tersebut sebelum berlepas bagi memulakan rangka lawatan rasmi ke tiga negara.

Menurut Anwar, sistem aerotrain KLIA yang sebelum ini ditutup bagi tujuan penyelenggaraan dan penambahbaikan kini kembali beroperasi, sekali gus memastikan kelancaran pergerakan penumpang dan pengguna terminal.

“Saya berpuas hati dengan tahap pengoperasian aerotrain ini yang diyakini mampu meningkatkan lagi pengalaman pengguna,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button