
ADUN Mahkota dilapor kritikal akibat pendarahan dalaman
JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain difahamkan berada dalam kritikal dan sedang dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang, akibat pendarahan dalaman.
Laporan portal Harian Metro yang memetik Ketua Wanita Umno Bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah sebagai berkata, beliau dimaklumkan keadaan Sharifah Azizah,63, oleh sayap Wanita UMNO Johor, pagi tadi.
“Ya, betul keadaan Datuk Sharifah Azizah kini dilaporkan kritikal akibat pendarahan dalaman.
“Saya dan beberapa ahli Wanita UMNO Batu Pahat akan segera ke Hospital Kluang petang ini bagi menziarahi beliau,” katanya.
Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang adalah bekas Ketua Wanita UMNO Johor.
Beliau menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022.
Sebelum itu, Sharifah Azizah adalah ADUN Penawar, mulai 2018 hingga 2022 lalu.
Dalam pada itu, Ketua Wanita UMNO Pontian, Hasrunizah Hassan, yang juga ADUN Pulai Sebatang berkata, Sharifah Azizah pernah dimasukkan ke hospital, Mac lalu bagi merawat masalah pendarahan dalamannya.
“Kami jangkakan, isu kesihatan Sharifah Azizah sudah diatasi selepas dibenarkan keluar hospital beberapa bulan lalu.
“Namun sangat terkejut apabila pagi ini, keadaan beliau dilaporkan kritikal. Saya mendoakan kesihatan beliau akan pulih dan sedang mendapatkan maklumat lanjut sebelum ke Hospital Kluang untuk menziarahinya,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






