BERITA SEMASAKEMENTERIAN PERTAHANAN

Adly raikan veteran ATM Melaka sempena Hari Pahlawan

MELAKA – Sempena Hari Pahlawan 2025, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meraikan para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) negeri ini dalam satu majlis minum petang bertempat di Dataran Gangsa, Durian Tunggal di sini, semalam.

Majlis merupakan tanda penghargaan kerajaan kepada jasa dan pengorbanan warga veteran yang telah menabur bakti mempertahankan kedaulatan tanah air.

Sebagai menghargai khidmat mereka, Adly menyampaikan beberapa bentuk bantuan antaranya Bantuan Sara Hidup, Bantuan Baik Pulih Rumah serta Bantuan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada para veteran dan ahli keluarga mereka.

Majlis bertema ‘Keberanian Mereka, Warisan Kita’ itu sejajar dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan dan kebersamaan.

Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun bagi memperingati keberanian dan menghargai pengorbanan anggota keselamatan negara termasuk tentera, polis dan pasukan beruniform lain yang masih bertugas atau sudah bersara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button