BERITA SEMASADALAM NEGERI

Hadi Awang selesai jalani rawatan, PAS ucap penghargaan kepada IJN

KUALA LUMPUR – PAS menzahirkan penghargaan kepada Institut Jantung Negara (IJN) susulan pelaksanaan prosedur perubatan ke atas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, prosedur berkenaan dilaksanakan sebagaimana dirancang.

“Prosedur itu berjalan tanpa sebarang komplikasi, hasil kepakaran serta kecekapan pasukan perubatan IJN.

“PAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan pakar dan petugas kesihatan di IJN atas dedikasi serta komitmen profesional yang ditunjukkan sepanjang proses rawatan berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, parti menghargai sokongan dan doa yang dizahirkan oleh rakyat Malaysia terhadap kesihatan Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang.

“PAS amat menghargai keprihatinan semua pihak yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan beliau,” ujarnya.

Takiyuddin menyeru orang ramai mendoakan kesejahteraan negara serta memohon perlindungan daripada sebarang musibah dan bencana.

“Kami berharap seluruh warga terus mendoakan agar Malaysia sentiasa dalam keadaan aman, sejahtera dan bebas daripada ancaman bencana serta wabak penyakit,” tambahnya.

Abdul Hadi dilaporkan dalam keadaan stabil dan berada di bawah pemantauan susulan oleh pakar perubatan bagi tujuan pemulihan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button