BERITA SEMASA

Abang belon nafi dakwaan DBKL, jelaskan berniaga untuk rawat penyakit dan sambut raya

KUALA LUMPUR – Penjual belon yang tular dikasari oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan telah ditegur sebanyak tiga kali sebelum bertindak agresif.

Pemuda berkenaan mendakwa dakwaan oleh DBKL itu dalam satu kenyataan media susulan kejadian itu adalah tidak betul.

“Tidak betul saya dihalau, saya nak jumpa mereka pun takut, kalau saya jumpa mereka pun barang saya kena rampas sebab saya meniaga tidak berlesen.

“Saya nak mohon lesen tapi saya tak tahu prosedur macam mana. Saya ada sakit angin pasang, saya nak cari duit untuk sakit saya dan satu lagi untuk hari raya,” katanya ketika menerima lawatan pegawai kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim semalam.

Menurut pemuda itu lagi, dia juga menafikan bukan warganegara tempatan sebaliknya berasal dari Jerantut, Pahang.

Dalam pada itu, beliau turut memohon jsa baik pihak terlibat untuk mendapatkan lesen berniaga yang sah kerana itu sahaja kemahiran yang dimiliknya.

“Saya memang minat berniaga dan ada adik-adik yang masih belajar,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai laporam polis katanya dia berhasrat untuk membuat laporan polis selepas kejadian itu lagi namun tidak dapat berbuat demikian akibat kesakitan yang ditanggungnya.

“Saya nak buat laporan polis semalam lagi, tapi dua kali saya berhenti tepi jalan,” katanya.

Semalam tular video penjual belon tersebut dikasari oleh anggota DBKL yang berpakaian preman ketika berniaga di Bazar Ramadan Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.

Akibat kekasaran itu dia kini terpaksa dirawat di Hospital Serdang dan mengalami patah tulang belakang selepas menjalani prosedur x-ray semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button