BERITA SEMASASUKAN

8,000 terima manfaat KLAS Renang tahun ini – Hannah Yeoh

PUTRAJAYA – Lebih 8,000 peserta menerima manfaat daripada Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, program yang menyasarkan peserta daripada golongan B40 itu menunjukkan peningkatan berbanding 5,000 peserta pada tahun lalu.

“Kita juga telah memperluaskan program ini dalam kalangan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang tinggal di kawasan banjir dan kerap berlaku kes lemas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Forum Kisah Kejayaan Anak Muda Malaysia sempena Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Hannah Yeoh menghadiri Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) di PICC, Putrajaya. – Foto Najmi Zulkefle/ Malaysia Tribune

Mengulas lanjut, Hannah berkata, program berkenaan dianjurkan khusus bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan belia membabitkan kes lemas.

Jelas beliau, kekurangan fasiliti renang di negara ini merupakan antara faktor mengapa ramai golongan belia tidak mempunyai kemahiran untuk berenang.

“Ramai rakyat Malaysia khususnya golongan B40 tidak berpeluang untuk belajar kerana kelas renang ini mahal macam baju renang dan gogle boleh cecah ratusan ringgit.

“Apa yang KBS buat, kita minta data kawasan panas yang kerap berlaku kes lemas di daerah-daerah dan kemudian kita berkerjasama dengan persatuan MASWIM untuk ajar kanak-kanak dari golongan B40 berenang.

“Selain itu, KBS turut mengadakan kerjasama dengan Decathlon dan Pos Malaysia bagi penyediaan dan penghantaran peralatan renang kepada peserta,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button