
80 mahasiswa, mahasiswi sertai Simposium Madani Mahasiswa Jordan
IRBID – Lebih 80 mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di Jordan menyertai program Simposium Madani Mahasiswa Jordan yang buat julung kali dianjurkan di Dewan Solah Petra, di sini semalam.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Zamri Zainal Abidin yang kini mengetuai lawatan kerja badan dakwah tersebut ke Jordan.
Dalam ucapannya, beliau menyentuh berkaitan fungsi dan objektif YADIM selaku agensi yang berteraskan pendidikan, kebajikan dan sosial.
Terdahulu, Pengarah Education Malaysia Jordan (EMJ), Prof. Madya Dr. Radzwan Ab. Rashid turut hadir bagi menyampaikan ucapan aluan pada majlis berkenaan.
Beliau menyatakan dokongan penuh atas penubuhan Rakan Siswa YADIM (RSY) Jordan dan berharap barisan pimpinan RSY Jordan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |