BERITA SEMASA

76 tan minyak sawit mentah disyaki diseleweng dirampas di Lahad Datu

LAHAD DATU — Pasukan Polis Marin (PPM) merampas sebanyak 76 tan minyak sawit mentah (CPO) dalam satu serbuan di sebuah premis tidak bernombor di Batu 15, Jalan Lahad Datu, Kinabatangan, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Nazri Ibrahim berkata, operasi dijalankan pada pukul 11.40 pagi selepas pihaknya mengesan pergerakan mencurigakan melibatkan sebuah lori tangki dan sebuah van di lokasi berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan itu dipercayai digunakan untuk aktiviti pengangkutan serta penyimpanan minyak sawit mentah secara haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, empat lelaki berusia antara 29 hingga 53 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

“Turut dirampas ialah dua treler, sebuah van, beberapa tangki minyak serta peralatan lain seperti pam yang disyaki digunakan dalam aktiviti penyelewengan ini.

“Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2.33 juta berdasarkan harga pasaran semasa,” tambahnya.

Kes disiasat mengikut Peraturan 5(1)(d) Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2005 kerana menyimpan minyak sawit mentah tanpa lesen yang sah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button