Berita Semasa

7,270 pelanggan AKSB belum langsai hutang RM4.6 juta

KOTA BHARU – Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap 7,270 pengguna yang mempunyai hutang bil air tertunggak berjumlah RM4.6 juta bagi tempoh 2022 dan 2023 di Kelantan.

AKSB dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka yang masih mempunyai tunggakan diberi sehingga hari ini untuk menyelesaikan tunggakan tersebut.

Sekirqnya gagal, senarai nama dan nombor akaun bil mereka akan diserahkan kepada Peguam AKSB bagi meneruskan tindakan undang-undang.

“Sejumlah 3,316 akaun dipotong bagi 2022 dengan hutang RM2.379 juta masih belum dijelaskan dan 2023 pula sejumlah RM2.196 juta direkodkan dengan 3,954 akaun bil air masih lagi berhutang.

“Justeru, AKSB terus mempergiat usaha menuntut hutang sebanyak RM4.5 juta daripada pengguna yang masih gagal menjelaskan hutang bil air yang sudah dipotong itu,” katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Mengulas berkenaan proses tindakan diambil, AKSB berkata, gerak kerja Unit Penguatkuasaan AKSB akan membuat pemotongan bil air di rumah pengguna atau premis yang aktif terlebih dulu iaitu bil tertunggak melebihi tiga bulan.

“Dalam tempoh 45 hari bil akhir dikeluarkan, jika pengguna masih gagal menjelaskan tunggakan, penolakan deposit ke atas baki tunggakan akan dibuat, menjadikan status akaun tersebut tidak aktif dan berhutang,” katanya.

Katanya, AKSB juga melantik empat ejen kutipan hutang berlesen bagi membuat tindakan susulan untuk mendapatkan semula jumlah hutang bil.

“AKSB akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi seperti laman sesawang www.airkelantan.com.my, aplikasi MyAKSB dan Facebook.

“Pengguna juga boleh menghubungi PINTAS di talian 15777 jika mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan,” katanya lagi.airair

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button