
64.7 tan durian Thailand ditolak China kerana dicemari pewarna kuning
BANGKOK – Gara-gara menggunakan pewarna tiruan, Thailand terpaksa melupuskan sebanyak 64.7 tan durian selepas China enggan menerima kemasukan raja buah itu ke pasaran negaranya.
Susulan kejadian itu, Thailand telah menggantung lesen eksport 26 pemborong durian yang dikaitkan dengan penghantaran buah-buah tercemar.
Portal berita VNExpress berkata, durian yang dicemari bahan pencelup kuning itu dipercayai digunakan untuk tujuan kosmetik namun dikhuatiri berbahaya kepada kesihatan.
Menurut akhbar The Nation, Jabatan Pertanian Thailand mengesahkan raja buah yang dieksport mengandungi bahan pencelup kuning selepas ujian makmal dijalankan.
Pewarna itu dipercayai digunakan oleh beberapa pengeksport bagi menyerlahkan warna durian supaya kelihatan lebih masak dan berisi kuning keemasan.
Penemuan bahan pencelup itu turut mendorong China melaksanakan ujian makmal mandatori ke atas semua import durian, termasuk dari Vietnam.
Pada tahun lalu, nilai import durian China mencecah RM31 bilion dengan Thailand menyumbang 57 peratus daripada jumlah itu, diikuti Vietnam sebanyak 41.5 peratus.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |