BERITA SEMASA

6,243 mangsa banjir di 56 pusat pemindahan sementara di Kedah, Pulau Pinang, Perak

CYBERJAYA – Seramai 6,243 mangsa banjir daripada 1,944 keluarga kini ditempatkan di 56 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara setakat pukul 9.30 pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), data menunjukkan jumlah PPS meningkat kepada 56 berbanding 54 sebelum ini melibatkan tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Perak mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 2,850 orang daripada 962 keluarga yang ditempatkan di 28 PPS di empat daerah manakala Kedah merekodkan 2,318 mangsa daripada 685 keluarga di 19 PPS.

“Manakala Pulau Pinang menempatkan 1,049 mangsa di tujuh PPS,” kata JKM dalam satu kenyataan, hari ini.

Secara keseluruhan, kadar kapasiti PPS kini mencecah 38.43 peratus, menandakan peningkatan bilangan mangsa berbanding semalam.

“Daripada jumlah keseluruhan mangsa, 2,218 merupakan wanita dewasa (35.53 peratus), diikuti 2,027 lelaki dewasa (32.47 peratus), 951 kanak-kanak lelaki (15.23 peratus), 924 kanak-kanak perempuan (14.8 peratus), serta 64 bayi lelaki dan 59 bayi perempuan,” kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, seramai 855 warga emas dan 150 orang kelainan upaya (OKU) turut dipindahkan ke PPS bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button