6,034 guru Lantikan Secara Kontrak ditempatkan di sekolah KPM
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penempatan seramai 6,034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara bermula kelmarin.
KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, seramai 1,858 calon daripada keseluruhan jumlah guru baharu COS ditempatkan di sekolah menengah manakala seramai 4,176 lagi di sekolah rendah.
“Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen atau mata pelajaran semasa di sekolah,” katanya.
Dalam pada itu, KPM turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara.
“KPM dan SPP akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi,” ujarnya lagi.
Tambah KPM, pelantikan guru baharu COS adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan Madani untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






