BERITA SEMASA

6 kawasan di Semenanjung alami cuaca panas Tahap 1 – MET Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan enam kawasan di Semenanjung kini berada pada Tahap 1 atau status berjaga-jaga susulan cuaca panas berterusan yang melanda beberapa negeri.

Dalam kemas kini status cuaca panas harian pada Isnin pukul 4 petang, MET Malaysia berkata, kawasan yang terlibat ialah Larut & Matang, Kuala Kangsar dan Perak Tengah di Perak, Machang dan Kuala Krai di Kelantan serta Bandar Baharu di Kedah.

MET Malaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca tahap 1 (berjaga-jaga) merujuk kepada keadaan di mana suhu maksimum harian dicatat antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengurangkan aktiviti luar, memakai pakaian yang sesuai dan memastikan pengambilan air mencukupi bagi mengelakkan risiko kesihatan,”katanya lagi.

Orang awam juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung status cuaca panas harian melalui laman sesawang rasmi MET Malaysia di www.met.gov.my atau saluran media sosial jabatan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button