
54 pelajar SAIFI berjaya khatam pembacaan Sahih Bukhari
REMBAU – Seramai 55 orang pelajar Institut Imam Ahmad Idris (SAIFI) di Rembau, Negeri Sembilan diraikan selepas berjaya mengkhatamkan kitab hadis Sahih Bukhari secara qira’ah dan sama’.
Majlis Pengkhataman Qira’ah dan Sama’ Sahih Al Bukhari itu berlangsung pada 20 Februari lalu dalam suasana penuh barakah.
Mudir SAIFI, Ustaz Amir Naqiuddin Amir Zuhairi Al Hafiz berkata, kesemua mereka yang terlibat dalam pembacaan hadis itu terdiri daripada pelajar Tahap 3 dan 4.

“Program ini merupakan tradisi tahunan di institusi kami dalam usaha mendekatkan pelajar dengan ilmu hadis Nabi SAW.
“Majlis Qira’ah dan Sama’ Sahih Al Bukhari telah berlangsung pada 10 hingga 20 Februari lalu yang dipimpin oleh Ustaz Abdullah Hussin Al Hafiz,” kata beliau kepada Malaysia Tribune.
Pada majlis pengkhataman tersebut, ia turut diraikan oleh seluruh pelajar Tahap 1 hingga 4 SAIFI dan para asatizah.

Menurut Ustaz Amir Naqiuddin lagi, acara kemuncak Majlis Pengkhataman Sahih Al Bukhari itu telah diadakan di Kolej Islam As Sofa pada 21 Februari lalu sempena Majlis Konvokesyen Antarabangsa Ahmad ibn Idris ke-5.
Sahih Al Bukhari merupakan salah satu daripada kitab hadis paling sahih dalam Islam dan menjadi rujukan utama selepas Al-Quran dan Sunnah.
Ia disusun oleh Imam Al Bukhari atau nama sebenarnya Muhammad bin Ismail Al Bukhari yang meninggal dunia pada tahun 256 Hijrah.
Terdapat 7,563 hadis di dalam kitab ini dan Imam Al Bukhari mengambil masa selama 16 tahun untuk menyiapkannya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |