50 peratus penjawat awam di Putrajaya alami masalah obesiti – Zuki Ali
PUTRAJAYA – 50 peratus penjawat awam di Putrajaya mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Justeru itu, Ketua Setiausaha Negara menggalakkan orang awam untuk menjalankan pelbagai aktiviti sihat sebagai usaha memperoleh tahap kesihatan yang lebih baik.
“Saya dimaklumkan bahawa 50 peratus obesiti dalam kalangan penjawat awam khususnya di Putrajaya.
“Jadi adalah penting untuk mereka ini terbabit dalam aktiviti sihat termasuk acara larian seperti hari ini, yang amat kita galakkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai program Car Free Day (CFD) yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Mengulas lanjut, Zuki berkata, program sihat seperti larian pada hujung minggu akan diteruskan di setiap kementerian, agensi-agensi kerajaan di seluruh negara selepas ini.
“Larian sebegini sebagai satu bukti untuk kita menggalakan budaya sihat dikalangan penjawat awam khususnya,” ujarnya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






