BERITA SEMASADALAM NEGERI

50 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran

KOTA KINABALU – Lebih kurang 50 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, kebakaran yang dipercayai bermula kira-kira 5.30 pagi itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.41 pagi dan telah menggerakkan 11 anggota dari BBP Lintas.

Katanya, operasi memadamkan kebakaran itu turut disertai 16 anggota dari BBP Kota Kinabalu.

“Kebakaran membabitkan rumah setinggan jenis tidak kekal dengan anggaran 50 buah rumah musnah terbakar.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran dengan dua pancutan dari pam angkut Zigler iaitu sumber air terbuka dari sungai berhampiran yang dilaksanakan BBP Lintas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman itu juga turut dibantu agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Air Negeri Sabah.

“Punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba.

“Maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button