BERITA SEMASALUAR NEGARA

Pesawat kargo FedEX terbakar sebelum mendarat

 

NEW JERSEY – Sebuah pesawat kargo FedEx terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, di sini selepas salah satu enjinnya terbakar akibat perlanggaran dengan burung semasa berlepas.

Kejadian melibatkan pesawat Boeing 767 yang dalam perjalanan ke Indianapolis itu berlaku pada pukul 8:07 pagi waktu tempatan.

Rakaman video tular di media sosial menunjukkan api keluar dari enjin kanan pesawat semasa terbang rendah.

Krew penerbangan berjaya mendaratkan pesawat dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dilaporkan, menurut FedEX.

Kejadian ini menyebabkan operasi penerbangan di lapangan terbang tersebut dihentikan sementara waktu tetapi disambung semula tidak lama kemudian.

Pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai insiden ini.

Pesawat Boeing milik FedEX terbakar sebelum selamat melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Newark, New Jersey, Amerika Syarikat.

Setiausaha Pengangkutan, Sean Duffy, memuji tindakan pantas juruterbang dalam mengendalikan situasi tersebut dan menekankan bahawa perlanggaran dengan burung adalah isu biasa dalam industri penerbangan.

Beliau merujuk kepada laporan yang mencatatkan lebih daripada 19,000 insiden perlanggaran burung pada tahun 2023, meningkat 14 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan majoriti berlaku semasa berlepas atau mendarat.

Insiden ini menambah kepada kebimbangan keselamatan penerbangan baru-baru ini, selepas beberapa kejadian hampir berlanggar dan kecemasan lain yang melibatkan syarikat penerbangan utama.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button